SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) PDF Cetak Emel
Penilaian pelawat: / 111
LemahBaik 
Informasi Pengunjung
Ditulis oleh Rejimen Semboyan Diraja   
Jumaat, 22 Jun 2012 09:35
saps

      Dimaklumkan Kementerian Pendidikan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA Pendidikan) telah menyediakan kemudahan kepada ibu bapa untuk menyemak dan menganalisis keputusan peperiksaan sekolah anak-anak secara online menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah di capaian url http://sapsnkra.moe.gov.my .

        Capaian yang disediakan melalui internet ini boleh dicapai di mana sahaja dan ia merekodkan keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah sejak tahun 2011 lagi. Namun, keputusan peperiksaan bagi anak-anak sekolah rendah di Tahun 1 dan 2 tidak direkodkan oleh sebab perbezaan kurikulum KSSR.

         Semakan boleh dilakukan melalui butang Semakan Ibu bapa (berwarna hijau sebelah kiri bawah) dan hanya memerlukan kemasukan No Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan (12 digit) pelajar, pilihan sekolah rendah atau menengah serta pilihan tahun sama ada 2011 atau 2012 dan berikutnya. Keputusan yang dipaparkan juga boleh dipilih sama ada untuk melihat hanya sesuatu ujian/peperiksaan atau keputusan keseluruhan tahun semasa untuk dibuat perbandingan selain kedudukan anak-anak dalam kelas mahupun darjah dan ia boleh dicetak.

  Pro joomla 1.5 themes, hosting business.

 

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Alih Bahasa

Hakcipta © Terpelihara 2014:

Rejimen Semboyan Diraja,
Markas Tentera Darat, Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR
Tel: 603-26921333 Sambungan 3570    Faks: 603-26942669   Emel: webmaster@rsd.mil.my

Paparan Terbaik: 1024 x 768 piksel menggunakan Internet Explorer 7.0, Mozilla Firefox 10.0 dan Google Chrome 18.0 ke atas

Kesan Versi : | Desktop | Smartphone | iPhone | iMode